Friday

Pantasnya kelajuan internet!


Sering kali rasanya kita mengeluh disebabkan kelajuan internet yang lembab. Dan masalah ini sering sahaja mengganggu segala aktiviti kita masa kini yang kebanyakkannya bergantung kepada teknologi dan sumber internet seperti perbankkan atas talian dan saluran komunikasi seperti Whatapps. Tahukah anda, Malaysia menduduki tangga ke-10 dalam carta 10 negara paling tercorot dari segi kelajuan internet? Tidak syak lagi kita masih lagi ketinggalan dalam mengejar pembangunan teknologi menjelang tahun 2020.



Sebagai pengamal media, kelajuan internet kini dititikberatkan berikutan kadar capaian maklumat kini terlalu pantas dan mudah tersebar menjadi viral. Secara tidak langsung, ianya telah mengoptimakan penggunaan internet sebagai medium penyampaian maklumat. Walaupun kelajuan internet bergantung kepada sesebuah negara, namun ianya sepatutnya tidak mustahil untuk sesebuah negara seperti Malaysia untuk mendapatkan cakupan internet yang lebih baik.

Kehadiran perkhidmatan kabel fiber optik di negara kita mempunyai kelajuan cahaya untuk menyalurkan data melalui kabel tersebut. Contohnya, UNIFI menggunakan kabel fiber optik untuk menyambungkan sambungan pengguna ke internet di mana signal elektrik ditukarkan kepada cahaya sebelum dihantar melalui kabel optik. Sungguhpun begitu, teknologi kini semakin maju apabila WiFi (Wireless Fidelity) digunakan secara meluas oleh pengguna-pengguna internet, terutamanya bagi mereka yang memiliki telefon pintar.




Perbandingan internet dahulu vs sekarang

Dahulu
Sekarang


1G
1.      Generasi pertama. Wujud pada tahun 1980.
2.      Digunakan oleh golongan atasan sahaja.
3.      Telefon yang bersaiz besar
4.      Tidak boleh dibawa/uneasy going


3G
1.     Generasi ke-tiga adalah dimana data boleh dimuat-turun dengan kadar yang lebih laju berbanding 1G & 2G, dengan kelajuan 384 kbps dan boleh mencecah 2Mbps.
2.     Mampu memindahkan data dengan cepat. Seperti,  gambar,video, bahkan boleh menonton TV.


2G
1.     Generasi ke-dua. Wujud pada tahun 1990.

2.     Diperkenalkan dengan teknologi GSM, telefon telah pun menjadi lebih kecil dan telefon boleh memindahkan data dengan kelajuan 9.6 kbps

3.     Pada tahun 2000 2.5G telah diperkenalkan dengan kemunculan kaedah memindahkan data melalui GPRS. Kelajuan telah meningkat dari 9.6 kbps kepada 46 kbps


4G
1.     Generasi ke-empat.
2.     Evolusi generasi ke-empat dalam komunikasi mudah-alih.
3.     4G  dengan kebolehan mencapai tahap penghantaran dan penerimaan data pada kadar kelajuan 100 megabit sesaat (untuk yang bergerak) dan1 gigabit sesaat (untuk yang tidakbergerak), dan turut dipanggil sebagai akses mobile ultra-broadband.
4.    Berkali ganda lebih pantas berbanding teknologi rangkaian 1 & 2G yang digunakan dahulu.



Oleh Hamizan Abas

8 comments:

  1. Tidak dinafikan, kemajuan teknologi amat bergantung kepada status sosio-ekonomi sesebuah negara. Jika diperhatikan, Singapura mendahului Malaysia jauh di hadapan dalam kadar kelajuan internet. Negara tersebut merupakan sebuah negara yang kecil tetapi maju dari segi sosio-ekonomi melalui kegiatan perdagangan. Selain itu, pengurusan sumber manusia di Singapura lebih mudah ditadbir kerana kuantitinya yang tidak ramai seperti Malaysia. Namun, penumpuan perdagangan dunia kepada Singapura yang berada di lokasi strategik telah merealisasikan teknologi yang mereka ada sekarang. Banyak negara luar telah masuk dan menjalinkan hubungan ekonomi dengan Singapura.

    Berbanding Singapura, Malaysia sebuah negara yang sedang membangun dan masih bergelut dengan pengurusan sumber manusia dan ekonomi yang tidak menentu. Kadar kemiskinan dan kadar literasi yang masih berbaki memungkinkan usaha kerajaan untuk mendapatkan capaian internet berkelajuan tinggi. Selain itu, kos yang tinggi juga merencatkan usaha kerajaan dalam memantapkan teknologi di Malaysia.

    ReplyDelete
  2. In a country with abundant resources, Singapore has clearly put Malaysians to shame by exceeding an average internet speed of more than 10 times faster than us. Imagine that even the Cambodian, Vietnamese and Thai were ahead of our internet services. We can't certainly blame it on our local Internet Service Providers (ISPs) because the service upgrade is slower in a widespread areas. Keeping in mind that the statistics is on the average internet speed. Though with scarce resources and areas, Singapore is a proof that nothing is impossible with efficient and effective management.

    ReplyDelete
  3. Constance
    I think that we are not doing so badly at all. Sometimes, we facing slow or average internet connection, but we still manage to share our picture or comments. We should shift the focus to increase more users on new technology instead of complaining the internet connection. This is because there are a lot of people do not have the opportunity to enjoy the new media like what we do.

    ReplyDelete
  4. The first thing that pops in my mind is that why is this happening? Looking back at the internet speed this century, one must put in mind the status of each country for instance, developed and developing countries which is also known as third world countries. It is not making apple to apple comparison. Bear in mind that Malaysia is a developing country whereas countries that are known with high speed internet such as London, Japan and the list goes on, are classified as none other than developed countries. Instead of criticizing, to be fair to the country, I think the country is really trying their best to satisfy the citizens' needs of internet. Despite the comments been made by keyboard warriors, in example, Malaysia's famous term "poor connection", "no internet", "edge" for smart phones and what not, the internet in Malaysia, from my point of view, has improved a lot better with the birth of unifi. Who can disagree with that?

    ReplyDelete
  5. The question is, "are we at the optimum speed?"

    It is based on my layman view and personal experience as the user, it is not a matter of plainly criticizing on why we don't have the internet speed like the other other country but the argument propelled towards the user receiving the "promised" speed.

    Yes we are not at the pinnacle of the speed as the other developed country but what really matter is at the end of those who are receiving the services. It can only be said that the users did not received the optimum speed of what been promised.

    I do have some idea of how the internet works in general understanding however the consistency of the speed fluctuated immensely and most of the time it works at less than 3/4 of the speed and sometimes it may dropped out below than 50% of the said speed.

    The above is the real issue that constitute towards the negativity comment on the county's internet speed, with the issue, the provider should improved on the "broken" part of their services and also to fulfill the demand of the end users in the country.

    Nevertheless, the internet connection has been improved greatly in this nation although there are several fix need to be tweaked in order to improved greatly in the provided services.

    ReplyDelete
  6. Oleh Mahirah Abdul Rahman

    Mungkin benar mengikut pendapat kawan-kawan yang lain bahawa kelajuan internet di Malaysia mungkin dipengaruhi oleh faktor ekonomi yang kurang memberangsangkan. Namun begitu, kelajuan internet bukanlah isu utama di Malaysia. Sebaliknya, kos melanggan internet yang mahal menjadi isu utama.

    Mengikut kajian yang dilakukan oleh Asia Pacific Carriers' Coalition, Malaysia berada di tangga kedua di dalam ranking kos langganan termahal di Asia. Mungkin ini salah satu faktor teknologi internet lambat membangun berbanding negara jiran yang lain. Kos langganan yang mahal tidak mendapat sambutan dalam kalangan pengguna, dan ini mengakibatkan syarikat telco tidak mempunyai dana yang secukupnya untuk mendapatkan teknologi internet yang terkini.

    ReplyDelete
  7. Benar kata mahirah, persoalan yang utama adalah kos langganan yang perlu dibayar. Andai kata ada syarikat yang ingin memberi perkhidmatan internet yang lebih laju. sudah tentu kos yang dikenakan lebih tinggi berbanding yang sedia ada. Mampukah kita?

    ReplyDelete
  8. Di Malaysia, internet bukan sesuatu yang baru. Kelajuan internet sering dipersoalkan. Di sebalik persoalan itu, tahukah anda bahawa kelajuan internet sebenarnya bergantung kepada bayaran yang akan dibayar untuk melanggan internet.

    ReplyDelete