Tuesday

Berita di Alam Maya

     Peredaran masa yang semakin dikejar kecanggihan teknologi menyebabkan pihak wartawan dan penerbit berita perlu lebih ke depan agar tidak ketinggalan dalam mendapatkan khalayak pembaca yang mula mencari sumber berita di internet. Maka, wujudlah laman blog dan juga laman sesawang yang membawa liputan berita. Namun laman-laman berita ini mempunyai impak positif dan juga turut memberi implikasinya yang tersendiri.


Kebaikan tentang blog berita

Blog berita merupakan medium yang sangat membantu untuk mendapatkan maklumat mengenai isu semasa. Sebagai contoh, blog berita The Huffington Post yang menyediakan pelbagai berita mengenai isu semasa. Blog berita sebegini juga amat mudah untuk digunakan dan anda boleh membuat pencarian khusus bagi pembacaan yang anda inginkan. Melalui blog berita juga, anda boleh mendapatkan berita yang mungkin anda terlepas untuk membacanya.

Blog Berita - The Huffington Post
Halaman depan blog berita The Huffington Post 

Keburukan tentang blog berita

Blog berita sudah semestinya mempunyai terlampau banyak iklan. Hal ini demikian kerana, blog berita menjadi medium oleh syarikat-syarikat untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan. Pengiklanan yang terlalu banyak di dalam blog akan mengganggu pembaca untuk membaca berita yang disediakan. Selain itu, blog berita juga menerbitkan berita yang menjuruskan ke arah satu pihak sahaja. Dalam erti kata lain, berita yang diterbitkan kemungkinan berat sebelah.


Komen berita?

Pengguna dibenarkan untuk memberi komen apa sahaja yang berkaitan di ruang komen yang disediakan di bawah artikel yang diterbitkan.


Berita dalam talian

Selain akhbar fizikal, Malaysia turut mempunyai lama berita yang hanya diterbitkan secara dalam talian. Antara laman berita dalam talian yang menjadi rujukan utama ialah Malaysia Kini dan juga The Malaysian Insider


Kelebihan berita dalam talian

Berita dalam talian kebiasaannya menyediakan berita tambahan yang tidak diterbitkan oleh berita bercetak. Berita dalam talian juga turut memaparkan lebih banyak gambar untuk memudahkan pembaca memahami situasi yang sebenar. Berita dalam talian bukan saja menggunakan gambar, malah turut menyediakan rakaman video kepada pembaca. Ulasan berita yang diterbitkan tidaklah begitu formal dan pembaca dapat membaca berita dengan lebih relaks dan santai. Format yang digunakan lebih kepada bercerita berbanding membuat laporan.


Kekurangan berita dalam talian 

Berita yang diterbitkan oleh berita dalam talian ini kadang-kadang diragui kesahihannya. Ada sesetengah berita yang dirasakan tidak sepatutnya diterbitkan kerana mampu menimbulkan huru-hara seperti isu perkauman, agama dan budaya. Penulisan berita juga mungkin berat sebelah kerana mereka turut mempunyai ideologi masing-masing.


Respon Pembaca

Pengguna dibenarkan untuk mengulas apa sahaja yang berkaitan di bawah artikel yang diterbitkan. Penulis juga akan membalas ulasan yang diberikan untuk penerangan lebih lanjut.


Berita Online Harian

Antara berita dalam talian yang wujud di Malaysia:

 



Apa yang bagus tentang berita dalam talian harian?

Berita dalam talian harian merupakan kolabarasi dengan berita harian yang bercetak. Berita yang disediakan melalui dalam talian kebiasaannya adalah sinopsis kepada berita penuh yang terdapat pada akhbar bercetak. Oleh itu, pembaca boleh mengetahui berita atau isu semasa terlebih dahulu. Berita harian dalam talian juga menyediakan gambar-gambar dan video kepada pengguna untuk lebih memahami berita yang ingin disampaikan. Penulisan berita adalah penulisan berbentuk formal. Wartawan yang menyampaikan berita juga adalah professional, bukannya berita dari orang ramai.


Apa yang tidak bagus tentang berita dalam talian harian?

Disebabkan gaya penulisan berita yang disampaikan adalah formal, pembaca akan cepat berasa bosan. Penulisan berita juga dirasakan kurang menarik.


Komen berita?

Pengguna dibenarkan untuk mengulas apa sahaja yang berkaitan di bawah artikel yang diterbitkan. Jika ulasan yang diberikan adalah menarik, ulasan mereka akan diterbitkan pada halaman berita mereka.


Halaman mana yang disyorkan untuk diguna?

Sudah tentu berita dalam talian harian disyorkan sebagai laman yang selayaknya dilawat bagi mendapatkan berita. Berita yang diterbitkan oleh laman tersebut adalah sahih dan tidak diragui oleh pembaca. Berita yang diterbitkan juga adalah daripada wartawan yang professional. Jika mahu dibandingkan dengan berita dalam talian seperti MalaysiaKini dan The Malaysian Insider, penulisan berita yang diterbitkan mereka cenderung kearah satu pihak sahaja. Laman blog berita pula lebih kepada pendapat penulis sahaja dan cenderung kearah seperti gosip.


Teks disediakan oleh Ikhwan Zainul

9 comments:

  1. For me, I read more on Oriental Daily news. I love the news and information that one gets from this site because this website is the collaboration among few printed newspaper such as sihua, borneo post online, jen.jobs.com, malaymail online, Sinar. The majority types of news in this websites are hard news not soft news and written by journalist not normal people. Reading this website is just like reading printed newspaper. But, sometimes I easily get bored when reading this site because it written in a formal way. So, when I get bored i will visit TEERP, (chinese news site), It is a Chinese website that you can consume a lot of fun news. My favourite website to check up on the news. I go to it at least three times a day to catch up on what's going on with the world. They provide additional information by showing pictures and videos for deep understanding. Most of the news or information that they provide are not in serious or formal way. The article are more on story based and more easily engage with the reader. But,sometimes, I feel that the information or the news are not valid or not reliable. Both of the website are allow the reader to comment:) if you are interested, these are the link:) you can visit it when you are free ! But, is in chinese version.
    http://www.orientaldaily.com.my/
    www.teepr.com

    ReplyDelete
  2. Any attempts to compare Blog and Online News Portal will only prove to be futile. Both of the sites have different functions and audiences in several point of views. Blog encourages readers to comment or interact directly with a particular personality or topic. Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad bought the domain name chedet.cc to manage his own blog. Although the blog is fundamentally built by blogger.com, it does not come under Blogger censorship. An online news portal aims to deliver first hand news or insight to a specific issue or topic. Malaysia Today news portal has a blog section shrouds as public opinions to allow exchange of ideas among its readers.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oleh Mahirah Abdul Rahman

      Saya setuju dengan pendapat Moo, blog dan berita dalam talian mempunyai fungsi masing-masing yang tersendiri. Pembacaan blog adalah lebih kepada bersahaja dan kritikal dalam mengupas isu, manakala berita dalam talian memberi penekanan terhadap isu-isu semasa. Kewujudan laman berita berhaluan kiri seperti Malaysiakini memberi kebebasan mengkritik dasar kerajaan, tetapi penulis dan pembaca perlulah kritikal dan mempunyai pengetahuan yang luas sebelum mengkritik, jangan mengikut emosi semata-mata.

      Delete
  3. Khalayak perlu memilih sama ada mahu cenderung kepada laman blog berita ataupun portal berita kerana masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Bagi saya, saya lebih cenderung kepada laman portal berita yang berteraskan sumber yang boleh dipercayai. Namun, saya juga turut melewati laman blog berita kerana ada berita yang menarik.

    Sepatutnya khalayak tidak perlu membangkitkan isu perihal laman mana yang lebih sahih sebaliknya khalayak yang perlu bijak membuat mempunyai literasi berita dan juga saringan kendiri. Selain itu, berita yang dibaca terutamanya di laman blog berita perlu dikaji kesahihannya.

    ReplyDelete
  4. I like Foreignpolicy because it talks more on international relation. It is a mature content that discusses nuclear sanction, bilateral agreement. You are what you read. It is a matter of how you read, what you read, how you place your judgement on the content, how you analyze the content and what effect does it have on you that matters when you read a news. Be smart.

    ReplyDelete
  5. Saya sependapat dengan Akhimullah mengenai literasi media. Selain itu, laman portal berita juga menyediakan ruang untuk kita memberikan pendapat. Dengan ini wujud interaksi dua hala. Maka wujudnya pemahaman yang jelas dan komunikasi yang berkesan.

    ReplyDelete
  6. Saya sependapat dengan Akhimullah mengenai literasi media. Selain itu, laman portal berita juga menyediakan ruang untuk kita memberikan pendapat. Dengan ini wujud interaksi dua hala. Maka wujudnya pemahaman yang jelas dan komunikasi yang berkesan.

    ReplyDelete
  7. Pada pendapat saya, ia bergantung kepada cara pembaca menilai berita yang terdapat sama ada di blog berita mahupun portal berita. Kadang-kadang, apa yang terdapat di blog berita adalah kebenaran manakala portal berita pula memutarbelitkan kebenaran, dan sebaliknya. Ini adalah tanggungjawab masing-masing sebagai seorang individu yang berada di negara demokratik, yang seharusnya pandai menilai baik dan buruk sesebuah berita yang terdapat di mana-mana blog berita mahupun portal berita.

    ReplyDelete
  8. whether it's an international or local news portal on the internet, it gave the readers the opportunities to understand issue(s) in a broader way.

    news coverage of each agencies may be differ on the angle although the issue is the same. for example, like a car crash incident, some portal would highlight cause such as the recklessness of the driver and other may look into any at the cause as the faulty of the vehicle, with the expansion of the internet news portal, it gave us more information and also makes us as a 'matured' reader as well in balancing out what is the truth, lies or just an exaggeration of truth.

    ReplyDelete