Monday

#


Carian maksud melalui Google.

   Boleh dikatakan semua orang terutamanya pelayar tegar media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram telah sedia maklum serta tahu tentang hashtag. Malah hampir setiap status, tweet ataupun setiap gambar yang dimuatnaik akan disertakan bersama dengan hashtag. Tidak keterlaluan juga jika dikatakan hashtag telah menggantikan penerangan setiap status, tweet atau setiap gambar yang dimuatnaik.

 Bagi sesetengah pihak, hashtag hanyalah sekadar hashtag itu sendiri dan tidak peduli langsung tentang hashtag yang ditaip atau dikongsi. Ada yang menggunakan hashtag hanya untuk berseronok, menyindir atau cuba untuk mengikuti trend semasa di laman sosial.

  Setiap hashtag boleh diklik dan terus ke capaian berkenaan hashtag tersebut yang turut ditaip atau disebar oleh pengguna lain juga. Hal ini akan memudahkan pengguna untuk mengetahui maklumat berkenaan hashtag tersebut. Positifnya, gejala hashtag turut digunakan sebagai langkah untuk menyedarkan massa berekenaan isu serius sekaligus menjadikannya viral di laman maya terutamanya media sosial.

Pada tahun lepas (2014), hashtag yang paling banyak digunapakai oleh pelayar laman sosial di Malaysia adalah berkaitan peristiwa yang berlaku dan telah terkesan kepada semua pihak. Antaranya #PrayForMH370 dan #PrayForMH17 yang telah menggemparkan dunia terutamanya dunia penerbangan ekoran peristiwa misteri dan juga konflik politik antabangsa melibatkan pesawat syarikat penerbangan negara. Manakala pada hujung tahun pula #PrayForPantaiTimur menjadi viral berikutan kejadian banjir besar di Pantai Timur semenanjung Malaysia. 

Baru-baru ini, pada awal 2015, isu #SchoolWithNoWall telah menjadi viral di laman sosial kerana melibatkan kredibiliti pihak kerajaan terhadap pembangunan pendidikan di Malaysia dan telah mendapat perhatian perdana menteri sendiri. Jadi, ini antara kebaikan yang membawa impak besar terhadap kewujudan hashtag kerana massa boleh mengusulkan isu-isu terpinggir untuk dibawa ke depan.




   Tuntasnya, hashtag pada masa kini seperti perkara wajib dilihat dan juga dikongsi oleh massa di laman sosial. Oleh itu, adakah pejuang massa hanya akan berjuang menerusi hujah-hujah di media sosial sahaja demi menyampaikan perasaan rakyat yang lainnya?

8 comments:

  1. Hmm, Hashtag. For me, I not so frequent to use it. Because I think it is just a trendcin social media. Cause a lot of my friend like to create their own Hashtag, some of the hashtag sound no meaning and not interesting at all. After i read your article, I just realize that it can be a share tools. I believe that this # really can bring big impact to the people because hashtag allow people to search or track back his/her public account when he or she posted or tweet something on their facebook status or twitter.
    If you want to know more about Hashtag, can try click this link!:)

    http://sproutsocial.com/insights/how-to-use-hashtags/

    ReplyDelete
  2. #SELFIE is a pop-culture song which intends to capitalize on the #self-obsessive trend on social media. In Psychology as Religion: The Cult of Self-Worship, Paul Vitz (1994) sees the “selfist movement” rooted in individual egoism as the contemporary nature of liberalism and leftism. I see # as a tool to the convenience of sharing an issue or a trend though at times these abusive and excessive #self-worship just kill me.

    ReplyDelete
  3. #Life #Fitness when posting a picture or a status with hashtag by its side, I think it is fun once in a while. But if a person keeps on doing it for every post, he has an issue.

    ReplyDelete
  4. By Mahirah Abdul Rahman

    My favourite hashtag so far is #MH370. I was impressed by fellow Malaysians genuine concern on the ill fated flight MH370. It is nice to see the togetherness for the same cause. Keep #PrayforMH370

    ReplyDelete
  5. Tidak dinafikan penggunaan # mendatangkan kebaikan, contohnya dapat membantu dalam memudahkan carian tentang suatu topik ataupun isu. Tetapi apabila # mula menjadi trend di media sosial, kadang kala membuat kita jadi rimas. Contohnya, terlalu banyak hashtag yang digunakan dalam satu gambar. Malahan, hampir setengah perenggan.

    ReplyDelete
  6. Hashtag yang terlalu banyak kadang-kadang menjelekkan. Ada sesetengh orang salah menggunakan hashtag. Mungkin mereka tidak faham penggunaan hashtag yang sebenar.

    ReplyDelete
  7. before looking further into the issue, it is undeniably to say that most user has been misused the hashtag by simply 'hastaging' rambling words as to follow the trend of 'hastaging' but after all of it been filtered not all of the misused hashtag directs to the current issue.

    ReplyDelete
  8. Hashtags are everywhere. Most of the time it is just ridiculous. Once upon a time, people used hastags to search on Twitter, now however, it has been misused into bashing other people to which i think, they are being disrespectful.

    ReplyDelete